PROGRAM KORPORAT
PROGRAM KORPORAT
HIGH IMPACT TEAM ( HIT )
Program ini berupaya menjadikan pendukung-pendukung organisasi untuk cemerlang beriltizam dengan faktor-faktor kritikal yang menjana dan menyuburkan organisasi seterusnya memantapkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk mencipta kesejahteraan diri dan kecemerlangan baru organisasi.
GREAT @ WORK
Kelebihan kursus ini ialah fokus kepada membentuk sikap positif dan proaktif melalui simulasi-simulasi yang amat releven dengan cabaran tempat kerja dan di rumah. Menghormati dan menafaatkan perbezaan motif individu, amalan bersyura, komunikasi terbuka, pengorbanan hubungan “win-win” ketua dan warga kerja, perbezaan lelaki (memimpin) dan wanita (mengurus), menguruskan produktiviti pasukan kerja dan amalan “Lima Ayat-ayat Cinta” sekeluarga.
EFFECTIVE COMMUNICATION
Memantapkan keyakinan menerima mesej daripada pihak atasan dan menyampaikannya dengan berkesan kepada penerima bawahan. Oleh otu, di akhir setiap sesi, semua peserta boleh berbincang prinsip dan proses asas komunikasi dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanannya dan berbincang kelebihan dan kelemahan komunikasi sehala dan dua hala.
STRESS MANAGEMENT
Selepas menghadiri program latihan ini, para peserta akan dapat memahami pengertian tekanan kerja dan mengenalpasti punca tekanan di tempat kerja . Kemudian peserta juga dapat mengetahui kesan dari tekanan di tempat kerja. Oleh itu, peserta dapat memanfaatkan pengetahuan terhadap teknik mengurus tekanan di tempat kerja.